United Studios & My Spy

By 20/04/2010October 1st, 2015Bahasa Melayu

9hb Mac 2010, Putrajaya. Selaras dengan hala tuju korporat, perkembangan persekitaran perniagaan di peringkat tempatan dan antarabangsa; serta merealisasikan pelan penjenamaan kumpulan syarikat, KRU Berhad  mengumumkan penubuhan syarikat milik penuhnya United Studios Sdn Bhd yang dirasmikan oleh Y.B. Dato’ Seri Ismail Sabri bin Yaakob, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Malaysia.

Pada hari yang sama, United Studios turut mengumumkan barisan produk yang bakal diedarkan pada bulan Mac 2010. Diantaranya ialah filem aksi komedi arahan Afdlin Shauki “My Spy”,dan penyampaian hadiah kepada  pemenang bagi peraduan MMS My Spy “On The Road” iaitu Ahmad Syakir bin Roslan (NRIC No. 901213-14-5245) yang menerima hadiah berupa sebuah kenderaan MY VI SE anjuran Perodua Sales Sdn Bhd dengan kerjasama CELCOM.

Turut bersama hadir Puan Sulasi Hj Mahadi – Pengurus Kanan Bahagian Promosi & Pengiklanan, Perodua Sales Sdn. Bhd dan En Norman Abdul Halim – Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif Kumplan KRU Studios.