My Spy (Tayangan Perdana)

By 20/11/2009October 1st, 2015Bahasa Melayu

20 November 2009 – KRU Studios mengadakan Tayangan Perdana bagi filem My Spy dengan kerjasama syarikat telekomunikasi gergasi CELCOM.

Kerjasama antara KRU Studios dan CELCOM terjalin selaras dengan pakatan perniagaan yang lebih strategik bukan sahaja untuk promosi filem yang dinanti-nantikan tahun ini tetapi juga pelbagai tawaran menarik bagi pelanggan CELCOM. KRU Studios berasa amat bangga kerana filem “My Spy” menjadi pilihan CELCOM yang merupakan filem kedua terbitan KRU Studios di bawah tajaan mereka selepas Cicakman 2 Planet Hitam.

Menurut Norman Abdul Halim, Presiden KRU Studios merangkap Penerbit Eksekutif filem My Spy “Sokongan dari sektor korporat seperti Celcom bagi menaja filem-filem tempatan haruslah dipuji serta digalakkan lagi agar dapat memertabatkan industri perfileman tempataPihak KRU Studios amat berharap pihak Kerajaan akan memberikan lebih banyak insentif cukai serta galakan lain bagi memperbanyakkan lagi penyertaan sektor swasta menaja filem-filem tempatan”.

Menurut Zalman Aefendy Zainal Abidin, Naib Presiden Kanan, Bahagian Pemasaran, Celcom (Malaysia) Berhad “Celcom sentiasa menyokong industri perfileman negara dan kami berasa berbangga kerana dapat bekerjasama bersama KRU Studios untuk filem mereka pada kali ini.Kami juga ingin memberi penghargaan kepada pelanggan setia kami dengan menawarkan pelbagai promosi dan muat turun menarik sempena dengan filem ini”. “My Spy” meneruskan tradisi KRU Studios dalam menerbitkan filem–filem bercorak aksi/komedi dibawah pengarahan sutradara Adflin Shauki. Selain menggunakan teknologi terbitan terkini, filem ini juga menampilkan kelainan dari segi barisan pelakon yang telah memberi persembahan yang mantap. “My Spy” dibintangi oleh AC Mizal sebagai AJ, Harun Salim Bachik sebagai Salleh.

“My Spy” turut menampilkan Hannah Tan, Carmen Soo, Daphne Iking, Ridzuan Hashim dan Maria Farida.

Selain dari Celcom, filem ini turut diberi sokongan oleh Perodua selaku penaja bersama. Perodua turut menyediakan kenderaan rasmi iaitu MyVi SE yang diubahsuai untuk digunakan bagi penggambaran dalam filem ini. Penglibatan Perodua tidak terhenti di situ, malah mereka juga menyediakan hadiah utama peraduan My Spy iaitu kereta MyVi SE. Peraduan ini akan diadakan sepanjang bulah November 2009. Hasil kerjasama dengan Astro Entertainment Sdn Bhd (AESB), lagu tema bagi filem “My Spy” berjudul “Menggegar Dunia” nyanyian duetAdam & Stacy yang telah mula bergegar di corong radio tempatan dan menduduki carta radio. “Menggegar Dunia” dilengkapi dengan klip video dibawah arahan Abdulazeez W.R. Lagu tema ini dsusuli dengan single kedua berjudul “Primadona”  nyanyian Stacy.

Sebagai langkah mempromosikan filem “My Spy”, KRU Studios dan CELCOM bersepakat dalam menyediakan pelbagai aktiviti promosi bergerak ke seluruh Malaysia. Antaranya seperti 9 Hari jelajah “On-The–Road” bersama team My Spy dengan kenderaan rasmi My Vi SE dinegari-negeri utama seperti Kedah, JB, Melaka, Seremban, Pahang dan Lembah Kelang. Sesi Bertemu Peminat di sepuluh(10) pawagam utama, Peraduan Utama untuk memenangi kereta My Vi SE  dengan menghantar MMS gambar My Vi SE yang dilekatkan sticker My Spy ke kod yangdisediakan khas untuk pengguna-pengguna Celcom dan menangi tiket percuma untuk menyaksikan filem My Spy di pawagam berdekatan. “My Spy” menemui penonton di pawagam seluruh Malaysia 3 Disember 2009.