Media Hiburan: Pencinta Terbaik Kolaborasi Sulung Sofazr & Edry

By 18/01/2011October 1st, 2015Bahasa Melayu

Baru-baru ini, telah berlangsungnya pengambaran muzik video ‘Pencinta Terbaik’ nyanyian kumpulan Sofazr dan penggambaran tersebut telah pun dijalankan di KRU Studios, Cyberjaya. Lagu yang dicipta sepenuhnya komposer Edry Abdul Halim ini juga adalah merupakan lagu tema kepada filem ke-10 terbitan KRU Studios iaitu ‘Cinta Kura-kura’.

CST Production tampil sebagai salah sebuah produksi yang diberikan kerpecayaan oleh KRU Studios untuk melaksanakan kerja-kerja pengambaran muzik video tersebut. Muzik video arahan Al Fahim Mokhtar ini diberi sentuhan elemen keceriaan warna. Ini adalah bertujuan untuk memastikan konsep muzik video ini selari dengan elemen lakaran kertas yang terdapat di dalam filem fantasi komedi tersebut.

Sofazr berasa berbesar hati kerana mendapat kepercayaan penuh Edry dan terpilih sebagai penyanyi yang menyanyikan lagu ini memandangkan ini adalah kolaborasi sulung Sofazr bersama Edry.

Muzik video ini dijadualkan siap sepenuhnya dan akan dipertontonkan kepada umum pada awal bulan Febuari sempena promosi filem Cinta Kura-kura.